Mirbek Akhmataliev: Mesin Gol Buatan Kyrgyzstan Yang Tercipta Untuk PDRM FC
Liga Premier
PDRM FC
Advertisements

Menandatangani pemain import untuk sesebuah pasukan pastinya memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan PDRM FC tidak ketinggalan untuk mendapatkan pemain import terbaik bagi mengharungi musim ini.

Nama Mirbek Akhmataliev mengejutkan dunia bola sepak Kyrgyzstan apabila meninggalkan kelab yang beraksi di saingan utama negara tersebut dan menyertai PDRM FC yang beraksi di liga divisyen dua Malaysia iaitu Liga Premier.

Pada saingan Liga Kyrgyzstan musim lepas, Mirbek berjaya menyumbat 19 gol dalam 29 perlawanan buat dua kelab berbeza iaitu kelab FK Kaganat dan FK Abdysh-Ata Kant. Mirbek telah membantu pasukan FK Abdysh-Ata Kant akhiri saingan liga dengan menjadi naib juara liga. Lebih menarik lagi, beliau juga kerap memakai lilitan kapten pasukan.

Advertisements

Kecemerlangan Mirbek pada musim lepas menjadikan beliau diangkat sebagai Penjaring Terbanyak Liga Kyrgyzstan dan beliau juga menerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Kyrgyzstan.

Dengan rekod jaringan luar biasa yang dimiliki Mirbek, beliau diibaratkan seperti mesin gol yang mampu membawa PDRM FC di bawah kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail mencipta kejutan musim ini.

Setakat ini, Mirbek telah mengharungi aksi pra-musim bersama PDRM FC dengan baik sekali. Beliau diturunkan 3 kali dalam aksi persahabatan menentang Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang dan Selangor 2. Mirbek berjaya konsisten menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan.

Advertisements

Adakah ketajaman Mirbek mampu diteruskan musim ini? Sama-sama kita nantikan persembahan beliau bersama PDRM FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram