Penjaga gol berbakat LaLiga 2, Andoni Zubiaurre menjadi pemain ke-7 menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menjawab misteri penjaga gol bertopeng pasukan.
Pemain berusia 27 tahun itu berhijrah ke Malaysia daripada kelab La Liga2, CD Eldense untuk menyertai Harimau Selatan.
Beliau juga memiliki pengalaman beraksi di La Liga bersama Real Sociedad sekitar tahun 2017-2023 sebelum berhijrah.
Menerusi pengumuman oleh Johor Southern Tigers, Zubiaurre kini secara rasminya menjadi milik JDT sekaligus mengesahkan khabar angin selama ini.
Beliau kini dinilai pada tanda harga 300,000 USD (RM1.44 Juta) dan bakal menjadi antara pemain bernilai di JDT.
Sebelum ini, skuad kendalian Hector Bidoglio telah mendapatkan khidmat penjaga gol berbakat Elche, Christian Abad yang baru berusia 18 tahun.
Zubiaurre menjadi pemain ke-7 selepas Abad, Park Jun-heong, Eddy Israfilov, Enzo Lombardo, Iker Undabarrena dan Jorge Obregon.