‘Mo Salah’ Kini Beraksi Di Malaysia?
Hiburan
Trinity FC
Advertisements

Terdapat ramai peminat bola sepak di seluruh dunia cuba meniru aksi dan skil yang selalu dilakukan pemain kegemaran mereka. Namun tidak semua peminat mampu meniru wajah dan penampilan pemain kegemaran mereka.

Berbeza dengan bintang Liverpool, Mohamed Salah. Lima tahun yang lalu, seorang pemuda dari Mesir iaitu Ahmed Bahaa mencuri perhatian peminat bola sepak seluruh dunia apabila beliau memuatnaik fotonya bersama Mohamed Salah di laman instagram beliau.

Walaupun wajah mereka hampir serupa namun sesiapa yang meminati Salah sudah pasti dapat membezakan di antara kedua-dua individu itu.

Advertisements

Lima tahun sudah berlalu sejak Ahmed Bahaa memuatnaik foto tersebut, kini muncul seorang lagi individu yang juga memiliki wajah dan penampilan yang hampir sama dengan Mohamed Salah. Kali ini, ianya berlaku di Malaysia.

Pemuda yang dikenali dengan nama Mo Badran itu merupakan rakyat Mesir yang menetap di Malaysia. Beliau juga sudah mendirikan berumahtangga bersama rakyat Malaysia. Kini, Mo Badran merupakan pemain untuk Trinity FC bagi saingan RF Social League di Selangor.

Advertisements

RF Social League adalah saingan playoff untuk beraksi di saingan Selangor Champions League (SCL).

Trinity FC kini dilatih oleh bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof. Antara nama besar yang turut berada dalam pasukan itu adalah bekas pemain Felda United, Zah Rahan Krangar dan bekas penyerang Selangor, Francis Forkey Doe.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram