Mohamadou Sumareh Balas Kepercayaan Mora Setiap Kali Diberi Peluang
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh akhirnya sudah kembali menemui sentuhan berbisanya di hadapan gawang setelah mencetak nama sebagai penjaring buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam beberapa perlawanan terakhir.

Pemain berusia 27 tahun ini baru sahaja mencapai tahap kecergasan terbaiknya setelah beberapa bulan diketepikan akibat masalah kecederaan yang melanda. Namun begitu, pemain sayap lincah ini kelihatan sudah menemui prestasinya semula.

Sumareh atau mesra disapa dengan gelaran ‘keli boy’ ini membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatihnya iaitu Benjamin Mora sungguhpun beliau hanya kerap dimasukkan sebagai pemain gantian.

Advertisements

Nama bekas pemain pasukan Sri Pahang FC ini mula hangat diperkatakan oleh para penyokong tanah air apabila menampilkan aksi yang cukup meyakinkan untuk membantu pasukan Harimau Selatan mencatat kemenangan selesa 3-1 di tempat lawan.

Pemain kebangsaan ini dimasukkan bagi menggantikan Safawi Rasid pada minit ke-76 terus memberikan impak apabila 3 minit berselang, beliau menjadi watak penting bagi gol kedua pasukan yang disudahkan oleh Matthiew Davies.

Sumareh sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan Merah Kuning dengan menjaringkan gol pada masa tambahan sekaligus mengesahkan malam gemilang JDT.

Advertisements

Dalam perlawanan menentang PJ City FC tempoh hari, Sumareh sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring setelah dibawa masuk oleh Mora pada minit ke-68 menggantikan Arif Aiman.

Selang 15 minit kemudian, beliau menyempurnakan hantaran cantik rakan sepasukan, Akhyar Rashid untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Kini, Sumareh telah merekodkan 3 gol dan juga 2 bantuan gol hanya dalam 8 perlawanan sahaja sungguhpun tidak memulakan sebarang perlawanan dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Prestasi semasa Sumareh ini nyata menguntungkan pasukan JDT dan juga pasukan kebangsaan yang bakal mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan menjelang Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram