Mohamed Elneny Rasmikan Surau Pertama Di Stadium Emirates Arsenal
Inspirasi
Mohamed Elneny
Advertisements

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal mengambil inisiatif dengan mewujudkan surau di Stadium Emirates.

Perkara ini dikongsikan oleh pemain tengah The Gunners, Mohamed Elneny menerusi satu hantaran di platform media sosialnya semalam.

Elneny menyifatkan kewujudan ruang khusus tersebut bakal memberi kesan positif kepada semua pemain Arsenal terutama pada hari perlawanan.

Advertisements

Menariknya, perasmian ruang sembahyang tersebut dibuat pada hari pertama bulan Ramadan.

“Saya amat berbangga kerana telah merasmikan ruang solat pemain kami di Stadium Emirates.

“Mempunyai ruang ini untuk bermuhasabah dan berdoa akan mengubah kehidupan bakal pemain Arsenal. Saya amat berterima kasih kepada kakitangan dan semua yang terlibat dalam menjayakan perkara ini,” katanya.

Tindakan The Gunners mendapat maklum balas positif daripada penyokong terutama penyokong yang beragama Islam.

Advertisements

Ini kerana ini menunjukkan kelab itu cakna dengan keperluan pemain terutama dari segi kerohanian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram