Mohd Sadek: Kelab Masih Harap Dana Kerajaan, Tiada Sifat Organisasi Perniagaan
Dunia
Nurul Shafina Jemenon/Berita Harian
Advertisements

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek berpendapat bahawa adalah sukar jika kelab-kelab di Malaysia mahu mencontohi pasukan gergasi dunia, Chelsea oleh kerana kekangan pelabur di dalam negara.

Sadek menjelaskan bahawa kelab di Malaysia perlu memiliki ramai pelabur untuk menyuntik dana buat pasukan. Individu yang bijak dalam menyusun atur pembangunan kelab juga penting untuk sesebuah kelab. 

“Boleh (kita jadi macam Chelsea) tapi mesti ada pelabur atau individu yang ingin melabur dan menukar struktur serta pembangunan organisasi kelab itu secara berfasa bersama dengan objektif.”

Advertisements

Pemerhati bola sepak tempatan itu turut mengakui bahawa paling kurang 15 tahun, waktu yang diambil untuk sesebuah pasukan itu berada pada tahap terbaik dengan pembangunan akar umbi yang konsisten dan cemerlang.

“Nak cakap dalam 10 tahun saya rasa tak boleh, paling kurang pun 15 tahun. Apa yang kita lihat Chelsea sekarang, kita lupa Chelsea yang dulu sebelum mereka menjadi kelab ternama. Chelsea ada penaja atau pelabur dan itu mungkin cabaran yang perlu diharungi kelab di negara ini untuk lebih berjaya,” katanya kepada BH Sukan.

Chelsea hangat diperbualkan kerana baru-baru ini Chelsea menjadi kelab contoh yang diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kelab-kelab di Malaysia contohi. Tambah Sadek, jika melihat kepada pembangunan terkini, kita masih jauh untuk capai seperti Chelsea.

Advertisements

“Mengharapkan kelab sekarang ini adalah seolah-olah menunggu bulan jatuh ke riba sebab apa yang kita lihat sekarang ini kebanyakan kelab pun mengambil graduan dari AMD (Akademi Mokhtar Dahari).”

“Kemudahan dan logistik kelab (sekarang ini) tak mampu. Kemudahan logistik yang mereka ada disewa dengan kerajaan atau majlis perbandaran, kecuali JDT sajalah, itu luar biasa.”

“Secara realistik setiap tahun kelab yang ada sekarang ini kebanyakan lahir daripada kerajaan negeri dan harap dana kerajaan negeri. Mereka sendiri tiada asas organisasi yang bersifat perniagaan,” katanya.

Advertisements

Foto Nurul Shafina Jemenon

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram