Mousa Dembele Bersara Selepas Kontrak Guangzhou City Berakhir
EPL
Mousa Dembele/Fulham/Getty Images
Advertisements

Selepas membuat kemunculan pertama bersama Germinal Beerschot 18 tahun yang lalu, bekas jeneral tengah Tottenham Mousa Dembele mengumumkan rancangan persaraanya hari ini. Beliau akan menggantung but selepas kontraknya dengan Guangzhou City berakhir tahun ini.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan berita mengatakan Dembele bakal menggantung but. Dalam kenyataan ringkasnya di Instagram, beliau masih mempunyai baki kontrak setahun dengan Guangzhou. Selepas kontraknya dengan kelab Liga Super China itu tamat, barulah Dembele dapat menamatkan karier permainannya yang penuh warna-warni.

Selepas Beerschot, beliau berpindah ke Eredivisie dan bermain bersama Willem II dan AZ Alkmaar. Di bawah bimbingan Louis van Gaal, kelab menduduki tempat ketiga dan bergelar naib juara Piala KNVB Beker pada musim 2006-2007. Kreativitinya sebagai penyerang mula menarik minat kelab-kelab Eropah termasuk dari EPL.

Advertisements

Pada musim panas 2010, Dembele bersetuju untuk berpindah ke Fulham dengan yuran perpindahan £5 juta. Pada awalnya, beliau berperanan sebagai penyerang sokongan kepada Bobby Zamora. Tetapi selepas Hughes digantikan oleh Martin Jol, Dembele ditukar sebagai jeneral tengah. Kebiasaannya, beliau beraksi bersama kapten Danny Murphy atau Mahamadou Diarra.

Prestasi mantap sebagai jeneral tengah Cottagers mendorong Spurs memenuhi klausa perlepasannya berjumlah £15 juta pada musim panas 2012. Dalam tempoh enam setengah musim bersama Tottenham, Dembele membuat 249 penampilan dan 10 gol. Pada Januari 2019, beliau menyertai Guangzhou City (ketika itu Guangzhou R&F) dengan yuran perpindahan £11 juta.

Bagi bekas pengurus lamanya, Mauricio Pochettino, bakat dan kreativitinya meletakkan Dembele setaraf dengan pemain legenda seperti Diego Maradona, Jay-Jay Okocha, Ivan de la Pena dan Ronaldinho. Jika Spurs mengambilnya semasa beliau berusia 18 atau 19 tahun, pasti Dembele menjadi salah satu pemain terbaik dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram