Moussa Sidibe Ledak Dua Gol Bersama Ratchaburi
Dunia
MFL
Advertisements

Dengan Piala AFF 2022 sudah berakhir, kelab-kelab Liga Thailand 1 mula menjalani mini pra-musim sebelum liga bersambung pada 21 Januari. Ratchaburi FC kelihatan sudah bersedia selepas mengalahkan Kanchanaburi FC 5-1.

Menariknya, daripada lima gol yang dijaringkan, dua disumbang oleh pemain import JDT yang dipinjamkan kepada The Dragons, Moussa Sidibe.

Selain bekas pemain Union Deportiva Ibiza itu, Serge Nyuiadzi, kapten pasukan Jakkapan Kaewprom dan Anon Amornlerdsak turut mencipta nama sebagai penjaring.

Advertisements

Bagi jurulatih pasukan, Xavi Moro, keupayaan Sidibe mencipta keserasian bersama rakan-rakan sepasukan barunya diharap diteruskan bila saingan Liga Thailand 1 bersambung.

Selain Sidibe, kapten Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF 2022, Safawi Rasid turut menyertai Ratchaburi secara pinjaman dari JDT.

Ketika ini, Ratchaburi menduduki tangga ketiga liga dengan 29 mata, 10 mata ketinggalan di belakang pendahulu ketika ini Buriram United. Justeru, Moro melihat dua pemain baru ini dapat membantu The Dragons menyaingi Buriram dan Chonburi yang menduduki tempat kedua liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram