MSN Hadiahkan Hampir RM2 Juta Kepada Atlet Negara
UltraSukan
UltraSukan
MSN
Advertisements

Barisan pemenang pingat Sukan Asia dan Para Asia 2023 telah menerima ganjaran lumayan berjumlah lebih RM1.83 juta atas usaha mereka itu.

Ini selepas semua pemenang pingat diraikan dalam Majlis Penyerahan Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang diadakan semalam.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Syifa Nasir di X semalam.

Secara ringkas, SHAKAM ialah skim ganjaran yang diperkenalkan pada tahun 1986 bagi meraikan pencapaian atlet di pelbagai temasya sukan termasuk Sukan Olimpik dan Sukan Asia.

Advertisements

Pemain skuasy negara, S. Sivasangari dan perenang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli muncul penerima hadiah SHAKAM tertinggi semalam.

Advertisements

Ini disebabkan pencapaian cemerlang mereka di Sukan Asia dan Para Asia 2023. Sivasangari menerima RM80,000 kerana berjaya memenangi emas saingan perseorangan wanita.

Sementara RM20,000 lagi diterima beliau kerana menyumbang kepada kemenangan pingat emas dalam acara berpasukan wanita.

Advertisements

Manakala Nur Syaiful pula menerima RM110,000 kerana dua pingat di Sukan Para Asia 2023.

Advertisements

Beliau berjaya memenangi pingat emas acara 100 meter kuak dada SB4 (RM80,000) dan pingat gangsa 100m gaya bebas S5 (RM20,000).

Nur Syaiful turut mendapat insentif tambahan berjumlah RM10,000 kerana memecahkan rekod Sukan Para Asia untuk acara kuak dada SB4.

Advertisements

Sementara pasukan para olahraga pula meraih hadiah SHAKAM tertinggi dengan nilai RM490,000.

News Comments Account