Mukhairi Ajmal Miliki Kekuatan Mental Pemain Bertaraf Dunia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Muhammad Shahrom bin Abdul Kalam dalam satu rancangan di Facebook Cakap Sukan semalam mengakui bakat muda negara, Mukhairi Ajmal beraksi dengan sangat baik ketika mewakili negara di pentas Piala AFF.

Shahrom menjelaskan bahawa Mukhairi adalah pemain yang sentiasa bersedia dari sudut mental dan fizikal. Beliau turut berkongsi pengalaman dirinya sewaktu berdepan Mukhairi dalam satu perlawanan. Menurut Shahrom, Mukhairi bukanlah pemain yang cepat melenting namun Mukhairi bijak mengawal emosi.

“Saya jujurnya rasa psikologi dan mental preparation side dia (Mukhairi) mampu. Sebab apa saya katakan sebegini, sebab saya pernah dalam satu situasi berlawan dengan dia pada perlawanan sebelum ini. Ada satu kali tu saya datang, saya beri satu hard tackle pada dia. Tetapi dia tak bangun dan marah. Dia bangun dan terus main seperti biasa.”

Advertisements

Bekas pemain Selangor ini juga menyatakan bahawa Mukhairi adalah prospek terbaik negara ketika ini. Mukhairi bukan sahaja mampu bermain di peringkat Asia Tenggara namun boleh bermain di peringkat lebih tinggi dari itu.

“Kita pun nampak macam budak ni dia punya keinginan dan fizikal serta mental adalah ready. Dia takda nak layan-layan setakat kena sikit-sikit ni. Itulah saya katakan, Mukhairi ni sebenarnya seorang pemain yang bukan sahaja mampu beraksi di peringkat AFF namun dia boleh bermain dalam jangka masa yang panjang.”

Shahrom Kalam terus percaya dengan kebolehan Mukhairi dan memuji semangat serta kerajinan pemain berusia 20 tahun itu. Tambah Shahrom, Mukhairi juga mempunya postur fizikal yang baik.

Advertisements

“Dia layak dan fizikal yang dia ada juga amat baik. Apabila berhadapan situasi 50-50 dia tak pernah angkat kaki. Cara macam mana pun dia akan bertahan apabila bertahan dia akan berada di bawah dan bila menyerang dia ada di atas, itu semua perkara positif untuk pemain muda.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram