Advertisements
Mukhairi Ajmal Puas Hati Dengan Rejim Latihan Kim Pan-gon
Dunia
MakanBola
Azri / MakanBola

Bintang sensasi Selangor FC, Mukhairi Ajmal berpuas hati dengan sistem latihan yang diterapkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Pemain berusia 21 tahun itu telah terpilih untuk menyertai kem kebangsaan bagi mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa dan kejohanan Piala AFF 2022 yang bakal bermula pada 21 Disember 2022.

Mukhairi dalam satu kenyataan hari ini menzahirkan rasa teruja dapat bersama dalam skuad Kim Pan-gon kali ini. Menurutnya, corak latihan yang diterapkan KPG di kem latihan amat baik.

“Saya rasa bersyukur dapat kembali bersama pasukan kebangsaan. Untuk hari pertama semalam, agak kekok kerana baru balik dari cuti dan insyaAllah hari ini saya akan perbaiki yang mana saya kurang.”

“Jurulatih Kim ada taktikal tersendiri dan ini bagus untuk pemain sebab kita main di luar negara, lain intensitinya. Saya rasa ini peluang yang bagus untuk pemain.”

Mukhairi juga merasakan bahawa skuad kali ini cukup lengkap dan masing-masing memiliki kelebihan tersendiri. Beliau optimis untuk membawa skuad kebangsaan mara dengan lebih jauh di pentas Piala AFF kelak.

“Saya rasa ini peluang terbaik untuk kita pergi sejauh yang boleh,” ujar Mukhairi.