Advertising
“Mungkin Safuwan Tak Nampak, Tersepak Pemain Penang”
MakanBola
Penang FC

Bekas pemain kebangsaan, Nizaruddin Yusof membuat analisis terhadap sepakan penalti buat Penang hasil kesilapan tonggak Selangor, Safuwan Baharudin.

Aksi antara Penang menentang Selangor menjadi bualan hangat selepas pemain kebangsaan Singapura itu memberikan kerugian besar buat Gergasi Merah.

Ad

Hasil semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati bahawa kapten Selangor itu melakukan terjahan ke atas Alif Ikmalrizal yang membawa kepada sepakan penalti buat tuan rumah.

Ad

Menurut pandangan Nizaruddin Yusof, tindakan Safuwan berlaku disebabkan beliau tidak melihat kehadiran Alif yang datang dari bahagian sisinya.

“Bagi saya memang penalti. Pemain Selangor lambat membuat push up dan masih berada pada kawasan yang sama. Ada perebutan di kawasan ini dan kita boleh melihat Safuwan cuba untuk mengeluarkan bola.

Ad

Nizaruddin juga yakin bahawa kedudukan pemain berusia 32 tahun itu menyebabkan beliau tidak melihat Alif telah menghulurkan kakinya.

Ad

“Mungkin dia tak nampak ada pemain Penang menghulurkan kaki dan dia tersepak kaki pemain Penang.

Ad

“Bagi saya ia memang sepakan penalti,” ujarnya kepada Astro Arena.

Keputusan seri 1-1 itu menyebabkan JDT berjaya menjarakkan diri selaku pendahulu liga dengan jurang mata yang besar.