Murad Musayev Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Sabah FC
Dunia
SabahFC.AZ
Advertisements

Sabah FC kini melantik ketua jurulatih baharu dari Rusia, Murad Musayev sebagai langkah pantas mengatasi masalah semasa kelab berkenaan yang kini menduduki tangga terbawah liga.

Jurulatih berumur 37 tahun itu sebelum ini mengemudi kelab Rusia, Krasnodar pada musim 2018 hingga 2021 dan akan memulakan sesi pertama bersama Sabah FC minggu hadapan.

Murad Musayev sebelum ini berpengalaman mengendalikan pasukan FC Krasnodar menghadapi pusingan kelayakan Liga Juara-juara UEFA.

Advertisements

Beliau akhirnya melepaskan jawatannya di Krasnodar pada 3 April 2021 selepas tewas besar kepada FC Spartak Moscow 1-6 dan 0-5 semasa berhadapan FC Akhmat Grozny.

Sabah FC yang berpengkalan di Azerbaijan beraksi di kasta tertinggi bola sepak negara berkenaan, Liga Perdana Azerbaijan dan mengharapkan magis jurulatih baru ini dapat menaikkan semula prestasi cemerlang pasukan Sabah.

Kekeliruan mula timbul buat penyokong bola sepak Malaysia selepas melihat pengumuman ini dikongsikan oleh Rozaimi Rahman namun rupa-rupanya kelab Sabah FC yang dimaksudkan bukanlah yang beraksi di Liga Super Malaysia sebaliknya kedua-dua kelab ini berkongsi nama yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram