Dunia
Instagram: @trwkelantanfc
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Zamsaham hari ini mengumumkan bahawa perlawanan akhir Liga Premier akan disiarkan secara percuma untuk para penyokong bola sepak terutamanya penyokong The Red Warrior.

Menerusi satu kenyataan di laman rasmi Facebooknya sebentar tadi, beliau memaklumkan bahawa perlawanan secara langsung itu bakal disiarkan di siaran Youtube rasmi pasukan itu.

MZ Gold telah menjadi penaja utama bagi siaran langsung perlawanan ini manakala RJ Cats Spa menjadi penaja bersama bagi perlawanan tersebut.

Advertisements

Perlawanan penutup Liga Premier ini bakal dimainkan pada hari Selasa, 21 September ini di Stadium Sultan Muhamad IV sekaligus bakal menjadi penentu pasukan yang bakal layak ke saingan Piala Malaysia kali ini.

Berdasarkan kedudukan semasa, pasukan Kelantan FC berada di tangga kelapan liga ketika ini dengan mengumpul 24 mata secara keseluruhannya selepas berjaya mencatat 7 kemenangan.

Selangor II juga mempunyai jumlah pungutan mata yang sama namun jumlah perbezaan gol yang memisahkan antara kedua-dua pasukan.

Advertisements

Kedua-dua pasukan pastinya ingin memperoleh 3 mata penuh dalam usaha memburu slot Piala Malaysia setelah keputusan MFL yang menetapkan bahawa 5 pasukan terbaik dari Liga Premier bakal diberikan slot setelah undian telah dijalankan baru-baru ini.

Menurut penjelasan Rezal Zambery, beliau mahu para pemain mengelak daripada melakukan kesilapan yang bakal menyebabkan kehilangan mata sambil percaya barisan pemain berkualiti yang dimiliki oleh pasukan Selangor harus dipandang serius.

zamsaham 2 MZ Gold 'Belanja' Siaran Perlawanan Kelantan Secara Percuma
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram