Nafuzi Jawab Mengapa Tak Bawa Faisal Halim Ke Kedah

Nafuzi Faisal Halim Nafuzi Jawab Mengapa Tak Bawa Faisal Halim Ke Kedah
Foto: KDA FC / Terengganu FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui bekas anak didiknya di Terengganu FC, Faisal Halim merupakan pemain penting dalam pembentukan skuad ‘Sang Penyu’ untuk beberapa musim yang lalu.

Namun begitu Nafuzi jelas sekali punyai sebab tersendiri untuk tidak membawa Faisal ke pasukan Kedah musim baharu 2023 ini. Nafuzi merasakan pemain sayap Kedah, Fayadh Zulkifli mempunyai potensi untuk menyinar.

Melalui satu muatnaik di laman instagram Kelab Legasi Kedah, admin laman berkenaan berkongsi perbualan beliau bersama Nafuzi mengenai desas-desus yang sebelum ini bertebaran mengaitkan penghijrahan Faisal ke Kedah.

“Ya sememangnya beliau (Faisal Halim) merupakan pemain penting untuk saya, tapi kini saya mempunyai Fayadh yang saya yakin mampu untuk menyinar seperti Faisal Halim,“ jelas Nafuzi.

Pada musim lalu, Fayadh melalui musim yang boleh dibanggakan apabila beliau diturunkan dalam 30 perlawanan bersama Kedah dan berjaya meledak 11 gol. Selain itu, Fayadh juga menyumbang 4 bantuan gol buat pasukan Kedah.

Musim ini bakal menyaksikan Fayadh bakal bersaing bersama pemain-pemain sayap yang lain seperti Faizal Talib dan Al-Hafiz Harun bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Sang Kenari itu.