Nafuzi Zain Dedah Perubahan Di Kem Terengganu
Dunia
terengganufootballclub
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menjelaskan mengenai perkembangan terbaharu pasukan dari segi latihan bagi musim ini dilakukan dengan lebih awal berbanding musim sebelumnya.

Difahamkan, pasukan Terengganu pada masa kini masih berlatih tanpa barisan pemain import. Pemain import dikhabarkan masih belum sampai ke Malaysia lagi.

“Kita mula dua minggu awal turun latihan dan kita juga masih menunggu kehadiran pemain import.

Advertisements

Nafuzi dalam pada itu menyatakan bahawa Terengganu bakal mengadakan perlawanan persahabatan empat penjuru yang disertai pasukan Pahang, TFC I, TFCII dan pasukan dari utara, Penang FC.

“Kemungkinan 4 penjuru, pahang, TFCI ,TFCII dan Pulau Pinang dan dilakukan mungkin minggu kedua Febuari pada 5 haribulan.

Jelas Nafuzi, persiapan bagi musim ini adalah dengan mengekalkan khidmat pemain lokal serta membawa masuk lima pemain import baru yang akan perkuat Terengganu musim ini.

Advertisements

Hanya seorang sahaja pemain lokal baharu yang dibawa masuk iaitu Adib Zainuddin daripada pasukan JDT II. Terengganu dilihat akan lebih berkelebihan dari segi ‘chemistry‘ antara pemain kerana pengekalan pemain lokal tersebut.

“Kebanyakan musim ini, kita kekalkan pemain lokal yang sama hanya satu pemain baru, Adib dari JDTII.

“Kita juga menukarkan empat pemain import dan membawa masuk 5 pemain import baharu,” jelas Nafuzi dalam Bola@Mamak.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram