Nafuzi Zain Jelaskan Mengapa Beliau Memilih Kedah
Dunia
FA Kedah
Advertisements

Selepas pelbagai khabar angin melibatkan masa depan jurulatih muda, Nafuzi Zain, hari ini segalanya sudah terungkai dengan Nafuzi sah menjadi ketua jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim hadapan.

Difahamkan Nafuzi telah menandatangani kontrak untuk dua tahun dan beliau diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mendapatkan pemain yang beliau inginkan sesuai dengan falsafah bola sepak yang bakal diterapkan musim hadapan.

Ketika ditanya mengenai mengapa beliau memilih Kedah sebagai destinasi seterusnya sebagai jurulatih, Nafuzi jelas sekali mempunyai sebab tersendiri iaitu bagi mengembangkan karier kejurulatihannya yang sebelum ini hanya bersama Terengganu dan ini merupakan penghijrahan pertama beliau sebagai jurulatih. Dalam masa yang sama, Nafuzi berjanji akan melakukan yang terbaik untuk pasukan Kedah.

Advertisements

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri (Mohd Daud Bakar) dan CEO (Khamal Idris Ali) kerana memberikan kepercayaan dan peluang kepada saya sebagai jurulatih untuk mengembangkan karier saya.

“Ini adalah penghijrahan pertama saya sebagai ketua jurulatih dan saya tahu tugas yang berat dan mencabar untuk saya bersama Kedah. Kita tahu dari segi sejarah, fanbase yang besar, penyokong yang agak fanatik tetapi saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Kedah,” jelas Nafuzi dalam Majlis Menandatangani Kontrak yang disiarkan secara langsung di media sosial KDA FC.

Dalam masa yang sama, antara yang membuatkan Nafuzi memilih Kedah adalah kerana tertarik dengan perancangan yang dibuat oleh pihak pengurusan dan beliau menyatakan keterujaan beliau untuk bersama dengan Kedah musim hadapan.

Advertisements

Pada musim 2023, Nafuzi bakal dibantu oleh penolong jurulatih, Victor Andrag, Mohd Yazid Mohd Yassin sebagai Jurulatih Penjaga gol dan dibantu Abdul Hadi Abdul Hamid. Jurulatih Kecergasan dari Brazil, Antonio Silvio Santos Concalves dan Fisioterapi juga dari Brazil, Helber Richard Quintana Silva.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram