Nafuzi Zain Tamatkan Saingan Selaku Jurulatih Tempatan Terbaik
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 13 Sept – Pengendali pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain menutup kempen cemerlang Liga Super musim ini selaku jurulatih tempatan terbaik setelah pasukan yang berpangkalan di pantai timur ini menamatkan saingan di tempat keempat kali ini.

Keputusan seri 2-2 menentang Penang FC malam semalam mengakhiri perjalan berliku musim ini dengan mengumpul 38 mata daripada 22 perlawanan keseluruhan.

Terengganu juga berjaya mencatatkan rekod kemenangan yang baik dengan catatan 11 kemenangan dan hanya tewas 6 kali sahaja musim ini.

Advertisements

Sungguhpun tidak berjaya memperbaiki atau mengulangi pencapaian musim lalu apabila menamatkan saingan di tempat ketiga, namun kerja keras dan semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh anak buahnya ini wajar diberi pujian.

Ini sekaligus menjadikan jurulatih kelahiran Kelantan ini sebagai jurulatih tempatan terbaik musim ini apabila ketiga-tiga pasukan yang menamatkan saingan di atas Terengganu menggunakan khidmat jurulatih luar.

Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menggunakan khidmat Benjamin Mora yang berasal dari Mexico manakala naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC dibimbing oleh jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin.

Advertisements

Penang yang mengakhiri saingan di tangga ketiga dikendalikan oleh Tomas Trucha sekaligus menjadikan Nafuzi pengurus tempatan yang berjaya mengharungi kempen di belakang mereka bertiga.

Bukan itu sahaja, Nafuzi juga melakukan tugas dengan baik dengan mengetengahkan ramai bakat muda apabila menjadi pasukan itu berada di tangga pertama sebagai pasukan yang paling banyak menggunakan khidmat pemain muda musim ini iaitu dengan 43.7 peratus.

Ia pastinya bukan satu tugas yang muda buat pengendali tersebut namun telah menjalankan tugas dengan sangat baik.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram