Nafuzi Zain: Saya Sokong Dan Tak Pernah Halang Pemain Bantu Skuad Kebangsaan
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Dalam satu temu bual pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain bersama Astro Arena, Nafuzi menjelaskan bahawa beliau sedia memberi pelepasan kepada pemain-pemain mudanya untuk membantu misi skuad B-22 tahun kebangsaan.

Menurut Nafuzi, ini merupakan peluang terbaik untuk anak buahnya mempamerkan bakat sebenar dan bermain di peringkat yang lebih tinggi. Ruang sebegini perlu digunakan sebaik mungkin untuk mereka membantu memperkuat pasukan kebangsaan.

“Ini adalah peluang untuk diorang dari segi international level, dari segi pengalaman dan juga untuk membantu pasukan kebangsaan. Saya selalu menyokong pemain-pemain untuk ke national team.”

Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC ini terus optimis dengan barisan pemain yang ada dan menganggap anak buahnya akan memberikan komitmen terbaik untuk saingan Piala Malaysia kelak.

“Yang ada dalam pasukan ketika ini seratus peratus saya percaya kepada mereka semua, saya tahu kemampuan yang diorang boleh lakukan.”

Ketika ditanya wartawan, Zulhelmi Zainalazam berkaitan jadual serta persiapan yang bakal menjejaskan pasukan Terengganu FC dengan ketiadaan beberapa pemain dalam baki saingan Piala Malaysia, Nafuzi menyuarakan bahawa agenda skuad kebangsaan adalah lebih penting dan beliau tidak sesekali akan menghalang keputusan para pemainnya.

Advertisements

“Bagi saya apa yang penting sebagai jurulatih adalah pemain kita happy. Apa yang dia rasa dia nak, itulah yang kita bagi. Saya tidak pernah menyekat atau menghalang. Yang penting player dengan saya dia rasa enjoy untuk karier dia. Apa yang rasa baik untuk dia, baiklah untuk saya.”

Beberapa tonggak muda Terengganu FC seperti Hakimi Abdullah, Nik Akif, Azam Azmi serta Syafik Ismail bakal beraksi bersama skuad kendalian Brad Maloney bagi kempen kelayakan Piala Asia Bawah 23. Skuad muda negara ini akan bertolak ke Mangolia dalam masa terdekat.

Walaupun dengan ketiadaan beberapa pemain muda, skuad TFC dijangka akan terus mengekalkan momentum kemenangan bagi merebut slot ke peringkat kalah mati. Terengganu FC dalam pada itu kini sedang mengungguli carta kumpulan B selepas berjaya mengutip tiga mata penuh dalam dua perlawanan terakhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram