Nafuzi Zain Tak Bawa Pemain Terengganu Ke Kedah
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Ketua jurulatih baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain memberi bayangan bahawa akan membangunkan pemain-pemain anak jati Kedah memandangkan Kedah mempunyai pemain-pemain muda yang berkualiti.

“Saya mementingkan anak jati Kedah sendiri, itu yang paling penting. Jadi kekosongan-kekosongan yang tidak ada di sini, kita terpaksa menampung dengan mengambil pemain-pemain lain.

Ad

“Bagi saya, saya lebih menggemarkan bakat-bakat pemain. Maknanya saya lebih suka ‘membuat’ pemain. Jadi saya rasa Kedah mempunyai pemain muda yang berkualiti untuk diketengahkan.

Ad

“Kita nampak pemain muda sebelum ini pun banyak beraksi musim lepas. Saya sendiri akan melihat bakat-bakat anak muda sendiri di Liga Kedah,” jelas Nafuzi dalam Majlis Menandatangani Kontrak yang disiarkan secara langsung di Media Sosial KDA FC.

Dalam pada itu, Nafuzi juga menafikan desas-desus sesetengah pihak yang mengatakan beliau hadir ke Kedah dengan membawa beberapa pemain Terengganu.

Ad

“Untuk pemain-pemain dari Terengganu, saya tak ada bawalah ke Kedah,” tegas Nafuzi.

Ad

Nafuzi telah ditawarkan kontrak dua tahun sebagai ketua jurulatih dan bakal dibantu oleh pemain lagenda Kedah, Victor Andrag yang sebelum ini turut menjadi pembantu jurulatih kepada Aidil Sharin Sahak musim 2022.

Ad