Nama 3 Pemain Hebat Terkait Penyerang Baharu Selangor
MakanBola
SFC/BUFC

Nama tiga baharu dikaitkan dengan Selangor FC terutamanya menjelang musim baharu 2026-27.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon cemerlang merebut kedudukan kedua terbaik dalam carta Liga Super 2025-26 selepas berakhirnya Hari Perlawanan Ke-23. 

The Red Giants kini menduduki tangga kedua liga dengan 49 mata – satu mata terpisah dengan pasukan tangga kedua, Kuching City FC berbaki satu perlawanan.

Beberapa nama mula dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor FC yang juga berpeluang tampil buat kali ketiga berturut-turut pada pentas Asia.

Antara penyerang prolifik di Asia Tenggara yang memiliki kelayakan untuk bersama Selangor FC adalah tonggak Buriram UnitedGuilherme Bissoli.

Pemain berusia 28 tahun itu merekodkan 23 jaringan dalam 25 penampilan di Thai League 1 musim ini selain menjadi nadi serangan Buriram pada kempen di Asia.

Ketajaman Bissoli terserlah apabila mencatat enam gol dalam enam aksi kempen ACC Shopee Cup termasuk ketika membenam cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir, baru-baru ini.

Calon kedua yang dilihat memiliki kualiti terbaik untuk bersama Gergasi Merah Kuning adalah peledak naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son. 

Pemain berusia 30 tahun menikmati musim cemerlang apabila mencatatkan tujuh jaringan daripada empat penampilan di ACC Shopee Cup musim ini.

Beliau juga menikmati detik terbaik bersama pasukan kebangsaan Vietnam menerusi dua jaringan menentang Malaysia pada Mac lalu.

Calon terakhir yang berpeluang menjadi penyerang terbaharu Selangor FC adalah tonggak Esteghlal FC, Jasir Asani yang berusia 30 tahun.

Beliau pernah mencipta impak besar hasil persembahan cemerlang pada pentas Asia musim lalu. Pada musim ini, bekas pemain Gwangju ini meledak 13 jaringan dalam 29 perlawanan dalam semua kejohanan.

Kemasukan pemain baharu ini bertujuan untuk memberikan saingan kepada peledak utama pasukan, Chrigor Moraes yang mencatat 40 jaringan bersama Selangor musim ini.