Nama Dion Cools Tercicir Dari Senarai Akhir Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang bakal mewakili Malaysia di kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Daripada 28 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan tempoh hari, seramai lima orang pemain telah digugurkan dari skuad kali ini. Lima pemain tersebut ialah penjaga gol iaitu Azri Ghani, Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah, Aliff Izwan Yuslan serta Dion Cools.

FAM memaklumkan bahawa pemain kacukan Malaysia/Belgium itu tidak akan bersama Harimau Malaya untuk kempen kali ini. Atas faktor urusan peribadi, Dion Cools terpaksa melupakan hasrat untuk membantu skuad kendalian Kim Pan-gon memburu kejuaraan Piala AFF.

Advertisements

Seramai 3 penjaga gol iaitu Kalamullah Al Hafiz, Ahmad Syihan Hazmi dan Rahadiazli berjaya merebut tempat dalam skuad kali ini.

Daripada 23 pemain ini, 7 orang pemain adalah dari pasukan Selangor, 3 darinya daripada pasukan Sabah, Terengganu dan Sri Pahang. Selebihnya, 2 pemain daripada Negeri Sembilan dan seorang pemain daripada Kedah, KL City, PJ City, Sarawak United dan Ratchaburi FC (Safawi Rasid).

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin, 19 Disember 2022 bagi menghadapi perlawanan pertama saingan Kumpulan B. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal berdepan Myanmar di Stadium Thuwunna pada Rabu, 21 Disember 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram