Nasib Berbeza 4 Pemain Import JDT
Dunia
Bernama
Advertisements

Nasib yang dialami oleh 4 pemain import JDT ketika ini mempunyai cerita tersendiri menuju penamat saingan Liga Super musim 2022.

Kepercayaan yang diberikan oleh ketua jurulatih, Hector Bidoglio terhadap pemain import Harimau Selatan jelas memberi kesan yang besar terhadap persembahan pasukan.

Walau bagaimanapun, ketiadaan watak penting untuk mengemudi kesebelasan utama pasukan sedikit sebanyak memaksa jurulatih untuk mengubah perancangan.

Advertisements

Ketiadaan penyerang berbisa JDT, Bergson Da Silva jelas dirindui di bahagian serangan pasukan terutamanya ketika menentang Sri Pahang semalam.

Pendahulu carta penjaring terbanyak Liga Super musim ini menghadapi penggantungan selepas dilayangkan kad merah sewaktu bertemu Kedah Darul Aman tempoh hari.

Dalam perlawanan yang sama, pertahanan kental pasukan, Shane Lowry terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan patah siku akibat pelanggaran dengan pemain lawan.

Advertisements

Namun begitu, kepulangan penyerang kelahiran Argentina, Fernando Forestieri memberi sedikit kelegaan buat JDT namun keadaan padang yang basah menyukarkan perancangan pasukan.

Harga mahal sekali lagi terpaksa dibayar oleh JDT apabila perancang tengah berbakat, Leandro Velazquez juga terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Berbaki 2 perlawanan Liga Super, JDT sudah pastinya mahu mengekalkan rekod tanpa kalah yang dipegang sehingga kini sekaligus menyerikan lagi kejuaraan kali ke-9 yang dirangkul baru-baru ini.

Advertisements

Harimau Selatan akan turun di laman sendiri Selasa ini bagi berdepan Kedah dalam usaha untuk meraih 3 lagi mata berharga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram