Advertising
JDT Sahkan Shane Lowry Patah Siku
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry dilaporkan mengalami kecederaan serius pada pertembungan menentang Kedah Darul Aman semalam.

Shane yang menjadi tunjang pertahanan JDT sejak dua musim kebelakangan ini turun dalam kesebelasan utama pasukan di tempat lawan semalam.

Ad

Kereta kebal berusia 33 tahun ini beraksi dengan cukup cemerlang sebelum terpaksa diusung keluar akibat kecederaan. 

Ad

Menerusi satu pengumuman, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan bahawa  Shane Lowry tidak dapat beraksi akibat patah siku yang berpunca daripada perlanggaran pada perlawanan semalam.

Beliau juga difahamkan akan menjalani pembedahan di Johor Bahru hari ini sebelum meneruskan proses pemulihan.

Ad

Kehilangan bekas Aston Villa ini sudah tentu memberi impak yang cukup besar selepas beliau beraksi dalam 16 perlawanan musim ini.

Ad

Prestasi cemerlang beliau telah membantu pasukan untuk mencatatkan kemenangan 3-1 sungguhpun beraksi dengan 10 pemain.

Ad

JDT bakal turun di Stadium Darul Makmur Jumaat ini bagi berdepan Sri Pahang bagi perlawanan Liga Super ke-20 musim ini.