Nasib berbeza Jese Rodriguez & Samu Castillejo Di JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Nasib berbeza menimpa dua pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez dan juga Samu Castillejo.

Skuad Harimau Selatan melakukan rombakan besar-besaran selepas melantik pengendali baharu, Xisco Munoz menggantikan Hector Bidoglio.

JDT juga giat menambah kudrat pemain tempatan baharu selepas mengesahkan khidmat perancang tengah berbakat Sri Pahang, Ibrahim Manusi.

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada tambahan kudrat pemain import apabila mendapatkan sentuhan pertahanan, Antonio Glauder dan juga Jairo Da Silva.

Hal ini menyaksikan beberapa pemain import pasukan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan termasuklah bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez.

Pemain berusia 31 tahun itu dibawa masuk untuk membantu kempen AFC Champions League Elite (ACLE) JDT sebelum seorang lagi pemain iaitu Samu Castillejo turut dibawa dari Eropah.

Nasib berbeza dialami oleh kedua-dua pemain ini apabila Johor Southern Tigers mengesahkan tidak akan mengekalkan khidmat 11 pemain Jese Rodriguez.

Kali terakhir Jese memberi sumbangan biat JDT adalah aksi menentang Kelantan Darul Naim (KDN) dengan mencatat satu bantuan jaringan ketika pasukan menang dengan keputusan 9-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Samu pula telah turun beraksi dan membantu pasukan pada pusingan kalah mati ACLE namun akur tunduk tipis di tangan Buriram United.

JDT kini dalam persiapan pra-musim dan bakal terbang ke Sepanyol untuk berdepan beberapa pasukan gergasi Eropah.