Nasib Brendan Gan Kabur, Tan Cheng Hoe Sedia Pancing Endrick Dos Santos
Harimau Malaya
Advertisements

Setelah hampir dua bulan saingan Liga Super dihentikan untuk memberi laluan kepada aksi pentas antarabangsa, kini saingan Liga Super sudah pun diteruskan untuk menjadi pentas uji bakat buat pemain tempatan untuk terus menampilkan aksi yang mampu menambat hati barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

Namun begitu, penyokong bola sepak tanah air digemparkan dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pemain tengah utama negara, Brendan Gan yang mengesahkan dirinya menghidap kanser testis dan sudah pun menjalani pembedahan. Kini, Brendan sedang dalam proses pemulihan dan tidak lagi menyertai latihan bersama skuad Selangor.

Keadaan yang menimpa kapten pasukan Selangor itu jelas meninggalkan resah kepada kem skuad kebangsaan kerana beliau merupakan tunjang kepada kemenjadian jentera tengah pasukan kebangsaan. Pemain yang terkenal dengan gaya ‘box-to-box’ ini nyata memberi tamparan yang hebat bagi persediaan skuad kebangsaan untuk menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Advertisements

Kini, Tan Cheng Hoe jelas memerlukan pengganti segera untuk mengisi kekosongan yang mungkin ditinggalkan oleh Brendan yang perlu melalui proses pemulihan terlebih dahulu. Malah, aksi dalam liga yang mencukupi juga diperlukan oleh pengendali Harimau Malaya itu agar barisan pemainnya dapat beraksi dengan baik di pentas yang lebih besar.

Tan Cheng Hoe juga jelas tidak menafikan usaha untuk membawa pemain tengah pasukan Penang FC, Endrick Dos Santos bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan negara sambil menyifatkan kehadiran pemain tersebut bakal memberikan suntikan tambahan dalam skuad yang berpotensi ini.

Tambahnya, beliau sedia mempertimbangkan mana-mana pemain yang beraksi dengn baik untuk dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan sambil menegaskan bahawa pintu untuk pemain sentiasa terbuka untuk menyertai skuad negara.

Advertisements

Endrick juga yang telah beraksi di Liga Super sejak tahun 2018 bersama Felcra FC bakal menjadi satu lagi pemain naturalisasi tambahan untuk memperkuatkan skuas Harimau Malaya. Malah, pemilik JDT, Tunku Ismail juga telah menjelaskan bahawa Doa Santos akan dinaturalisasikan bersama skuad Harimau Selatan pada musim 2022.

Ini sekaligus bakal memberi lebih banyak pilihan buat Cheng Hoe untuk memilih pemain di barisan tengah negara sambil kehadiran Endrick yang memiliki kelebihan fizikal bakal menjadi aset penting buat Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram