Advertising
Nasihat Shukor Adan Terpahat Di Hati Akram Mahinan
MakanBola
Terengganu FC/ FA Malaysia

Pemain Terengganu FC, Akram Mahinan baru-baru ini telah mendedahkan nasihat daripada legenda bola sepak Malaysia, Shukor Adan yang terpahat di hatinya sehingga kini.

Akram dan Shukor pernah berada di dalam pasukan yang sama iaitu di Kuala Lumpur City FC (KL City) selama lebih kurang empat tahun.

Ad

Akram memberitahu, Shukor pernah memberi nasihat kepada beliau supaya jangan sesekali curi tulang di dalam sesi latihan dan disebabkan itu, Shukor boleh beraksi sehingga ke umur 40 tahun.

Ad

“Yang paling penting jangan curi tulang dalam latihan. Ayat tu saya ambil daripada Shukor Adan sebab saya duduk dengan dia empat tahun dan benda tu (nasihat) diulang saja. Jadi ianya agak penting.

“Dia kata, kau jangan curi tulang dalam latihan, jangan hisap darah kawan. Sebab apa dia boleh main sehingga (umur) 40 tahun, sebab tu (tidak pernah curi tulang dalam latihan). Sakit apa ke, dia tetap akan berlatih,” dedah Akram di dalam podcast yang dikongsikan di laman Facebook Terengganu.

Ad

Selepas bersara sebagai pemain, kini Shukor Adan menyambung karier bola sepak sebagai penolong jurulatih bagi skuad kebangsaan bawah 23 dan bawah 19 tahun di bawah kendalian Juan Torres Garrido.

Ad

Ad