Nasir Teruja Dapat Bermain Dengan Semua Pemain Tempatan
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Bekas pemain tengah Terengganu FC, Nasir Basharudin mengakui teruja apabila mendapat peluang bersama pasukan PJ City FC dan mahu memburu sesuatu yang positif buat dirinya musim ini.

Pemain yang berusia 32 tahun itu memuji kehebatan yang ditampilkan pemain tempatan sekaligus membuatkan beliau tercabar untuk memastikan prestasinya akan lebih baik berbanding yang lepas.

Nasir turut menyatakan perbezaan ketika beliau berada di Terengganu FC banyak fokus kepada pelbagai aspek yang tertentu, tetapi di PJ City beliau lihat banyak tumpukan strategi untuk menentang pasukan yang ada pemain import.

Advertisements

“Sebab utama saya di sini (PJ City FC) kerana ingin meraih sesuatu kerana ini adalah kali pertama saya dapat merasa beraksi dengan semua pemain tempatan,” ujar Nasir.

“Jika sebelum ini bersaing tempat dengan pemain import, sekarang agak berbeza sebab pemain tempatan juga tidak kurang hebatnya dan saya akan pastikan prestasi saya akan lebih baik berbanding musim lepas.”

“Kalau dekat Terengganu, kami banyak fokus kepada aspek penguasaan bola, cara bermain, tetapi di PJ City saya lihat kami turut menumpukan kepada aspek fizikal sebab kita tahu pasukan akan menentang lawan yang ada pemain import.”

Advertisements

“Jadi, sebab itu fizikal kami juga sangat penting untuk memastikan pasukan bukan sahaja kuat daripada segi corak bermain, tetapi tahap kecergasan juga memainkan peranan,” katanya kepada MFL

PJ City FC juga membawa enam lagi pemain baharu yang akan memperkuat skuad kendalian P.Maniam iaitu penjaga gol, Azfar Arif Mohd Sukri, R. Aroon Kumar, R. Barathkumar, S. Kumaahran, Marcus Mah dan Shivan Pillay Asokan.

Untuk rekod, PJ City pada musim lalu menamatkan saingan Liga Super 2021 di tangga ketujuh dan kali ini target yang besar untuk berada di tangga kelima terbaik pada musim 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram