Natxo Insa: Kami Sama ‘Level’ Dengan Kawasaki
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Natxo Insa melaungkan keyakinan dan perasaan gembiranya selepas berjaya membantu pasukannya, Johor Darul Ta’zim memperoleh satu mata beharga menentang Kawasaki Frontale dalam perlawanan ke-3 kumpulan I, Liga Juara-juara AFC di Stadium Sultan Ibrahim.

Kawasaki Frontale yang turut diwakili pemain bintang Thailand, Chanathip Songkrasin merupakan pasukan terbaik Asia jika diambil kira kedudukan ranking semasa kelab AFC selain mendahului saingan J-League musim ini dan turut menjuarai J-League untuk musim 2020 dan 2021.

“Pihak lawan bermain di liga terbaik Asia (J-League), kami menunjukkan bahawa kami sama tahap dengan mereka secara bersemuka.

Advertisements

“.. saya gembira dapat membantu pasukan,” jelas Natxo Insa kepada wartawan Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Beliau turut mengakui para pemain sedikit keletihan kerana bermain terlalu banyak perlawanan dalam tempoh yang singkat.

“Kami bermain terlalu banyak perlawanan dalam masa yang terdekat ini.”

Advertisements

Untuk perlawanan ke-2 menentang pasukan Kawasaki Frontale Ahad ini, Natxo Insa berharap semua pemain dapat kembali mengumpul tenaga dan seterusnya mencapai keputusan positif kelak.

Johor Darul Ta’zim kini mengungguli carta kumpulan I Liga Juara-juara AFC 2022 dengan 7 mata diekori rapat Kawasaki dengan 5 mata selepas 3 perlawanan.

Dalam perlawanan sebelum ini, JDT berjaya menewaskan kelab China, Ghoungzou dan pendahulu K-League, Ulsan Hyundai pada hari Isnin lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram