3 pasukan yang bakal menjadi lawan pemanas badan skuad Malaysia B-24 telah diumumkan dengan salah satunya ialah Negeri Sembilan menjelang aksi Piala Mandiri ASEAN B-23.
Pada Rabu, pengendali skuad B-23 negara iaitu Nafuzi Zain mengumumkan senarai nama 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat kebangsaan setelah selesai sesi The Elite Games.
Daripada senarai 30 pemain tersebut, hanya 23 pemain yang akan dibawa untuk menghadapi kejohanan Piala Mandiri B-23 ASEAN di Indonesia setelah tamat kem latihan selama dua minggu itu.
Barisan kejurulatihan telah mengatur 3 perlawanan pemanas badan di sepanjang kem latihan B-23 itu melibatkan 3 kelab dari Liga Super iaitu Negeri Sembilan, Melaka serta PDRM.
”Mengikut perancangan, kita akan bertemu 3 pasukan Liga Super.”
“Pada 5 Julai kita akan lawan PDRM, 8 Julai pula menentang Melaka dan pada 11 Julai berdepan Negeri Sembilan,” jelas Nafuzi Zain ketika sesi sidang media pada Rabu.
Pasukan B-23 Malaysia ini dijadualkan terbang ke Indonesia pada 13 Julai hadapan selepas tamat kem latihan selama 12 hari di Kuala Lumpur dan akan turun dalam aksi menentang Filipina pada 15 Julai.
3 hari kemudian, skuad muda Malaysia akan bertemu Brunei sebelum tugas getir menentang tuan rumah, Indonesia pada 21 Julai dengan semua aksi diadakan di Stadium Gelora Bung Karno.