Negeri Sembilan Bakal Dapat Jurulatih Baru?
Transfer
NSFC
Advertisements

Negeri Sembilan berdepan kemungkinan mendapat seorang jurulatih baru untuk mengemudi pasukan pada musim 2024.

Ini selepas wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan di X jurulatih skuad Rusa, K. Devan digosipkan bakal beralih angin selepas tamat musim 2023.

Devan dikatakan bakal pergi ke utara tanah air bagi mengambil alih peranan sebagai jurulatih Penang FC.

Advertisements

Ketika ini, jawatan tersebut kosong selepas pengurusan Harimau Kumbang bertindak merehatkan Chong Yee Fat dan penolong jurulatih Manzoor Azwira Abdul Wahid.

Bekas penyerang Harimau Malaya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dibawa masuk sebagai jurulatih interim bagi mengemudi pasukan itu untuk baki tiga perlawanan Liga Super.

Avineshwaran turut mendedahkan Negeri Sembilan sudah mempunyai calon bagi menggantikan Devan sekiranya beliau benar-benar beralih angin pada akhir musim.

Advertisements

Calon yang dicanang sebagai jurulatih baru skuad Hoben Jang Hoben itu ialah penyerang legenda negara, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Beliau ketika ini mengisi peranan sebagai pengarah teknikal juara Liga M3 musim 2023, Imigresen FC.

Zainal pernah melatih Sri Pahang FC, Selangor FC, Melaka United FC dan Penang FC. Semasa bersama Sri Pahang, beliau membantu Tok Gajah menjulang Piala FA dan Piala Malaysia pada 2014.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram