Negeri Sembilan FC Mahu Kekal Lebih Lama Di Liga Super
MakanBola
Negeri Sembilan FC
Sponsors

Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang merupakan pendatang baharu Liga Super mensasarkan untuk memberi saingan sengit pada musim ini dan kekal lebih lama di Liga Super.

Pengendali NSFC, K Devan melakukan perubahan drastik kepada pasukan kendaliannya apabila mengekalkan hanya 12 pemain dari musim lepas dan selebihnya merupakan muka-muka baharu bagi memastikan NSFC mampu bersaing di peringkat tertinggi musim ini.

Ad
Sponsors

“Memandangkan kita layak ke Liga Super, kita kekalkan 12 pemain daripada skuad sebelum ini. Kita bawa masuk pemain yang berpengalaman di Liga Super termasuk import.

Ad

“Daripada kajian yang kita buat, kita mahu memilih pemain yang mampu beri impak kepada pasukan kerana kita mahu kekal lebih lama di Liga Super,” katanya.

Untuk kuota import, setakat ini NSFC telah berjaya menandatangani bekas pemain import Sri Pahang FC, Herold Goulon dan David Gordon Mawutor dari Ghana yang memiliki kerakyatan Tajikistan.

Ad

Devan berkata keputusan untuk mengambil Goulon adalah kerana NSFC memerlukan kualiti kepimpinan dari bahagian bawah yang mampu memimpin pasukan kelak.

Ad

“Kita ambil Herold Goulon kerana kita memerlukan seorang pemain yang memiliki kepimpinan daripada bawah. Dia memiliki ketenangan dan kualiti hantaran yang cukup baik,” katanya kepada Arena Metro.

Ad