Negeri Sembilan FC Ucap Selamat Tinggal Piala Malaysia 2021
Dunia
Negeri Sembilan Football Club
Advertisements

Negeri Sembilan FC menerusi satu kenyataan di laman rasmi media sosial mereka semalam telah memaklumkan bahawa seramai 4 orang pegawai dan 20 orang pemain NSFC telah sah dijangkiti Covid-19.

Skuad kendalian K. Devan itu sebelum ini telah membatalkan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang dijadualkan 20 Oktober lepas.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka yang positif kini sedang menjalani kuarantin waiib di rumah masing-masing serta dipantau selama 10 hari. Skuad Jang turut memaklumkan bahawa ujian pengesanan Covid-19 secara berterusan tetap dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan pegawai NSFC yang terlibat.

Advertisements

Berikutan perkara ini, NSFC mengambil keputusan untuk menarik diri bagi saingan Piala Malaysia. Dengan itu, pasukan Negeri Sembilan FC tidak lagi dapat meneruskan baki perlawanan Piala Malaysia untuk musim 2021 dan terpaksa melupakan impian untuk menjulang piala berprestij itu.

Dalam pada itu, warga kerja dan pemain Skuad Jang turut memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada para penyokong pasukan. Demi menjaga keselamatan dan mengambil kira nasihat pakar, NSFC berharap keputusan ini dapat diterima dan berharap agar para penyokong sentiasa memberi sokongan serta mendoakan kesejahteraan buat para pemain dan pegawai pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram