Negeri Sembilan Jadi Pencabar Liga Super 2022
Dunia
MFL
Advertisements

Tonggak pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat menyatakan kehadiran beberapa pemain berpengalaman yang membawa semangat untuknya melangkah dalam saingan Liga Super musim 2022 bersama Negeri Sembilan FC.

Pemain yang berusia 28 tahun itu dilihat gembira dengan kehadiran bekas pemain import Sri Pahang FC, Herold Goulon serta bekas pemain Sarawak United FC, Khair Jones akan menjadi rakan sepasukan pada musim ini.

Annas percaya prestasi dan kualiti fizikal yang ditampilkan dua pemain itu bakal memberi kelebihan terutama di bahagian pertahanan pasukan kerana Goulan juga antara pemain yang sudah ada pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia.

Advertisements

“Kita tahu persembahan Goulon sepanjang bersama Sri Pahang sebelum ini malah dia juga boleh menjaringkan gol untuk pasukan, rasanya kita tidak boleh lupa jaringan semasa dengan Perak, pada tiga musim lalu.”

“Kualiti fizikal yang dimiliki Goulon juga sememangnya boleh jadi nilai tambah kepada benteng pasukan malah dia juga sudah ada pengalaman beberapa tahun bermain di Liga Malaysia.

Sementara itu, beliau turut menyatakan kelebihan yang dimiliki oleh Khair penting bagi posisi pertahanan kiri iaitu ketinggian dan kegunaan kaki kiri sekaligus menyifatkan dia antara pemain yang berkualiti.

Advertisements

“Manakala Khair, saya pernah menjadi rakan sepasukannya dua tahun lalu di Melaka dan amat mengenali kemampuan dia yang saya sifatkan antara pemain yang bagus,” ujarnya.

“Ditambah dia sememangnya pemain yang gunakan kaki kiri, itu memang perkara yang dimahukan bagi posisi pertahanan kiri, saya harap ketinggiannya juga boleh membantu pasukan,” katanya.

Dalam masa yang terdekat Negeri Sembilan FC bakal mengumumkan mengambilan pemain import untuk mengisi posisi serangan pasukan.

Advertisements

Nik turut berharap dengan kehadiran pemain yang berpengalaman ini akan memberi impak yang besar dalam permainan buat Negeri Sembilan FC dan terus konsisten kekal di Liga Super bagi tempoh masa yang lama.

“Saya harap Negeri Sembilan boleh kekal lama di Liga Super dan bukan sekadar menjadi persinggahan sementara, bukan senang hendak naik balik setelah apa yang diharungi musim lalu,” katanya kepada MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram