Advertisement
Negeri Sembilan Nafi Sambar Khidmat Nidzam Jamil
Transfer
MakanBola
Selangor FC

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus menafikan dakwaan bakal melantik bekas jurulatih Selangor, Nidzam Jamil.

Terdahulu, MakanBola melaporkan Nidzam Jamil dikaitkan dengan posisi ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan bagi menggantikan K. Nathakumar yang sedang menjawat posisi itu.

Hal ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan Nidzam yang juga bekas jurulatih Selangor mengadakan berbincang bersama pengurusan Sang Rusa.

“Dari Kajang ke Seremban, Nidzam Jamil difahamkan dalam perbincangan menyertai Negeri Sembilan sebagai jurulatih baharu,” lapor Zulhelmi di X.

Walau bagaimanapun, khabar angin disangkal dengan pantas oleh Faliq Firdaus yang menjelaskan pihak pengurusan masih percaya dengan pasukan kejurulatihan yang diketuai oleh K. Nathakumar.

”Tidak benar. Tiada lagi perubahan pada musim ini,” ujar Faliq di laman X.

”Pihak kelab menyokong sepenuhnya K. Nanthakumar dan staf kejurulatihan untuk mengubah situasi terkini,” tambah beliau.

Negeri Sembilan berjaya memungut 3 mata dalam saingan Liga Super minggu ke-18 apabila bangkit menewaskan Sri Pahang hasil jaringan Hein Htet Aung dan A. Selvan di Paroi pada Jumaat.

Kemenangan itu melonjakkan kedudukan Negeri Sembilan ke tangga ke-12 carta Liga Super Malaysia dengan mengumpul 9 mata selepas 16 perlawanan.