Advertisement
Negeri Sembilan Robek Gawang JDT Seawal Aksi Pertama
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Peminat Negeri Sembilan FC ceria apabila berjaya merobek gawang juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) hari ini.

Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama buat kedua-dua pasukan selepas tidak beraksi pada minggu pertama liga.

Harimau Selatan tidak beraksi pada minggu lepas susulan tindakan Selangor FC menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih. Keputusan itu menyebabkan JDT dianugerahkan trofi Piala Sumbangsih dan kemenangan percuma 3-0.

Sementara Negeri Sembilan pula membuka kempen musim 2024/25 hari ini selepas tiada perlawanan membabitkan mereka pada minggu lepas.

Perlawanan hari ini turut menyaksikan Harimau Selatan turun tanpa kelibat pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi. Tempatnya diisi oleh pemain berdarah Sepanyol-Filipina, Oscar Arribas.

JDT terlebih dahulu di hadapan menerusi peledak berbisa mereka dari Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-12 dan ke-17.

Tatkala Harimau Selatan selesa mendominasi kawalan bola, gawang mereka bocor pada minit ke-28 menerusi pemain sayap Myanmar, Hein Htet Aung.

Menariknya, ini gol pertama yang menembusi gawang JDT musim ini. Musim lepas menyaksikan gawang Harimau Selatan bocor buat kali pertama dalam perlawanan keempat liga pada 11 Mac 2023.

Sepakan penalti yang diambil pemain Argentina, Leonardo Rolon menyaksikan Kelantan FC meraih gol saguhati sebelum tunduk 5-1.

Ketika ini, JDT masih mendahului Negeri Sembilan 2-1 dengan perlawanan semakin menghampiri rehat separuh masa.