Advertising
Nepal Uji Singapura Sebelum Hadapi Harimau Malaya
MakanBola
AFF/FAS

Nepal mula mengatur persiapan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Harimau Malaya pada 25 Mac ini.

ASEAN Football melaporkan The Gorkhalis telah menerima jemputan Singapura untuk aksi persahabatan antarabangsa pada 21 Mac ini.

Ad

Perlawanan ini dilihat aksi pemanas badan bagi kedua-dua pasukan. Ini kerana The Lions turut menggunakan aksi ini sebagai persiapan menghadapi Hong Kong untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Ad

Selain itu, ini juga aksi pertama buat pengendali baru Nepal dari Australia, Matt Ross. Ross dibawa masuk menggantikan jurulatih sebelumnya, Vincenzo Alberto Annese.

Ini kali pertama kedua-dua negara bertemu di pentas antarabangsa sejak tahun 1989. The Lions memiliki rekod baik ke atas Nepal dengan tiga kemenangan daripada tiga pertemuan.

Ad

Ini termasuk kemenangan besar 7-0 ke atas Nepal pada 5 Jun 1989. Aksi tersebut menyaksikan D. Tokijan menyumbat hatrik buat Singapura.

Ad

The Gorkhalis berharap dapat menamatkan rekod buruk itu apabila berdepan The Lions dalam aksi persahabatan berkenaan.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments