Ads
New Zealand Umum Barisan Terkuat Hadapi Malaysia
Asia
All Whites

Skuad New Zealand telah mengumumkan senarai 21 pemain terbaik bagi menghadapi perlawanan penting ketika Kalendar Antarabangsa FIFA termasuklah bertemu Malaysia.

Advertisements

New Zealand bakal melayani kunjungan Harimau Malaya buat kali pertama sejak 2006 dalam satu aksi persahabatan pada Isnin, 14 Oktober ini di Stadium North Harbour, Auckland.

Advertisements

Sebelum itu, All Whites akan membuka saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi kumpulan B dengan berdepan bekas juara Oceania, Tahiti pada 11 Oktober di Port Vila, Vanuatu.

Advertisements
Advertisements

Oleh itu, ketua jurulatih New Zealand, Darren Bazeley telah pun menyenaraikan barisan terkuat untuk menghadapi aksi penting pada Kalendar Antarabangsa FIFA di bulan Oktober ini.

Daripada senarai pemain tersebut, Bazeley telah melakukan tiga pertukaran dari senarai pemain ketika Jelajah Amerika Syarikat pada Julai lalu khususnya di bahagian pertahanan.

Advertisements

Selain itu, nama pemain Nottingham Forest di Liga Perdana Inggeris (EPL), Chris Wood pastinya menjadi sandaran utama untuk mengetuai jentera serangan New Zealand nanti.

Penjaga gol: Max Crocombe, Alex Paulsen dan Oli Sail.

Pertahanan: Tyler Bindon, Michael Boxall, Libby Cacace, Tim Payne, Nando Pijnaker, Storm Roux, Tommy Smith dan Sam Sutton.

Pemain tengah: Matt Garbett, Cam Howieson, Alex Rufer dan Marko Stamenić.

Kosta Barbarouses, Eli Just, Ben Old, Logan Rogerson, Ben Waine dan Chris Wood.

Advertisements

Kali terakhir skuad negara bertemu New Zealand ialah 18 tahun yang lalu iaitu ketika skuad yang dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 1-0 pada aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram