Skuad wanita kebangsaan Filipina mencipta sejarah tersendiri dengan menewaskan New Zealand 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia Wanita 2023 hari ini.
Gol tunggal Filipinas disumbang oleh Sarina Bolden pada minit ke-24 menewaskan penjaga gol Football Ferns, Victoria Esson.
Gol tersebut dianggap bersejarah kerana ini merupakan gol pertama yang dijaringkan pasukan yang membuat kemunculan pertama dalam Piala Dunia Wanita.
Selain itu, itu juga merupakan gol pertama Filipina yang dijaringkan dalam temasya Piala Dunia Wanita.
Kemenangan ini meletakkan Filipina di tangga ketiga kumpulan dengan tiga mata. Mereka hanya dipisahkan dengan New Zealand dan pendahulu kumpulan Switzerland yang berkongsi mata sama tetapi mempunyai kelebihan jaringan.
Kedudukan boleh saja berubah sekiranya satu lagi pasukan dalam Kumpulan A, Norway mencipta kemenangan ke atas Switzerland.
Filipinas boleh saja layak ke pusingan kedua kejohanan sekiranya mereka mampu mengejutkan Norway dan mengharapkan Switzerland menewaskan New Zealand pada aksi ketiga kumpulan pada 30 Julai.