Neymar Menangis Rugi RM4.8 Juta Kalah Judi
Dunia
@PartnersLoro
Advertisements

Nasib malang yang menyelubungi penyerang Paris Saint Germain (PSG) dan Brazil, Neymar seakan tiada kesudahan. Sudahlah terlepas baki musim ini akibat kecederaan buku lali, kini beliau dilaporkan mengalami kerugian £900,000 (RM4.8 juta) menerusi permainan judi dalam talian.

Penyerang yang meraih pendapatan bulanan £3.2 juta (RM17.5 juta) ini memang diketahui suka berjudi pada masa lapangnya. Dengan Neymar terpaksa berehat sehingga akhir musim selepas menjalani pembedahan pada ligamen buku lali, maka itu yang dilakukannya bagi mengisi masa.

Walaupun diketahui suka bermain poker, penyerang Brazil itu kadang-kadang mencuba nasib bermain judi dalam talian di platform Twitch miliknya.

Advertisements

Jadi, bila beliau berbuat demikian kali ini, Neymar tidak menyangka mengalami kerugian sebegitu rupa. Tetapi padanya, ia tidak bermakna apa-apa memandangkan ia amat hampir dengan nilai gaji mingguan yang diterima bersama PSG.

https://twitter.com/PartnersLoro/status/1641169797319733250

Neymar pura-pura menangis sebaik menyedari kerugian yang dialami sebelum mengetawakan hal tersebut. Malah, beliau juga memberitahu pengikut-pengikutnya di Twitch bahawa video di mana kerugian tersebut dicatatkan akan dimuatnaik ke YouTube.

Reaksi yang ditunjukkan bekas penyerang Barcelona itu bukan saja menunjukkan jurang gaji yang besar antara pemain bertaraf bintang sepertinya dengan orang biasa. Malah, ini menunjukkan Neymar dianggap tidak sensitif kepada penyokong terutama yang datang dari latar belakang yang serba kekurangan.

Advertisements

Malah, tabiat penyerang berusia 31 tahun itu turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan rakan sepasukan PSG termasuk Kylian Mbappe. Salah satunya apabila Neymar dikesan berada di kasino beberapa jam selepas PSG disingkirkan Bayern Munich dari Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Susulan itu, Mbappe mengeluarkan satu komen yang berbunyi begini, “Untuk perlawanan timbal balik, amat penting untuk kita makan dan tidur dengan baik.” Walaupun menafikan ia sebagai kritikan terhadap Neymar, ramai percaya komen graduan AS Monaco itu memang ditujukan khas buat bekas penyerang Santos itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram