Nidzam Jamil Kini Jurulatih Selangor
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Susulan keputusan Tan Cheng Hoe dan Selangor FC mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak, Nidzam Jamil dipilih sebagai jurulatih interim pasukan.

Keputusan ini dinyatakan pengurusan Merah Kuning menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di platform media sosial mereka semalam.

Nidzam bakal menggalas peranan itu sementara pengurusan kelab menjalankan proses pemilihan terperinci bagi memilih jurulatih baru.

Advertisements

“Selangor FC dan Tan Cheng Hoe telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa secara serta-merta.

“Kelab telah dimaklumkan berkenaan keputusan Tan Cheng Hoe untuk meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand. Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau.

Advertisements

“Sejak dilantik pada September 2022, Tan Cheng Hoe telah membantu Selangor FC menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023, sekaligus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025.

“Selangor FC ingin berterima kasih kepada Tan Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk Kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.

Advertisements

“Nidzam Jamil kini dilantik sebagai ketua jurulatih sementara (interim) dan pada masa yang sama, pihak pengurusan Kelab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu,” katanya.

Ini bukan kali pertama Nidzam menggalas peranan sebagai jurulatih interim Merah Kuning. Sebelum ini, beliau turut menggalas peranan sama untuk musim 2022 selepas Selangor memecat jurulatih Jerman, Michael Feichtenbeiner.

Advertisements

Mengikut data Transfermarkt, Nidzam membimbing pasukan dari Ogos hingga September 2022 untuk lima perlawanan Liga Super.

Setelah itu, Selangor kemudiannya melantik Cheng Hoe sebagai pengganti tetap Feichtenbeiner untuk musim berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram