Advertising
Nidzam Jamil Sasar Kekal Momentum Cemerlang Di Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil berharap pasukan itu dapat tampil cemerlang dalam kejohanan RCTI Premium Sports yang bermula esok sehingga 2 Jun.

Kejohanan RCTI Premium Sports merupakan kejohanan kelab antarabangsa empat penjuru membabitkan empat pasukan. Indonesia diwakili oleh dua kelab Liga 1, Persija Jakarta dan PSIS Semarang.

Ad

Sementara Malaysia pula diwakili oleh dua pasukan Liga Super, Selangor dan Sabah FC. Kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi baik dalam liga dengan masing-masing mengutip dua kemenangan daripada tiga perlawanan.

Ad

Nidzam melihat kejohanan ini sebagai peluang buat pemain-pemain yang jarang beraksi untuk menunjukkan kemampuan di atas padang.

Pada masa sama, beliau melihat kejayaan menjulang kejuaraan RCTI Premium Sports sebagai pembakar semangat pasukan apabila saingan Liga M kembali bersambung pada 12 Jun.

Ad

“Secara peribadi, sasaran saya ialah mendapatkan mereka 90 minit yang baik. 90 minit (perlawanan) pertama dan 90 minit pada perlawanan kedua. Secara peribadi, saya nak mereka nikmati minit tersebut dengan persembahan yang baik.

Ad

“Kalau dapat keputusan yang bagus, itu satu bonus. Sudah tentu sebagai pemain dan pasukan, kita (Selangor) nak kekalkan mentaliti kemenangan. Tapi Safuwan (Baharudin) tiada, Umar (Umarbek Eshmurodov) tiada, Noor (Al-Rawabdeh) pun tiada.

Ad

“Saya rasa ada empat, lima pemain antarabangsa yang tiada. Jadi, ini peluang untuk orang lain bahawa peluang untuk menyumbang itu sentiasa ada,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan Selangor menentang Negeri Sembilan FC baru-baru ini.

Meskipun terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain import seperti Noor Al-Rawabdeh dan Safuwan Baharudin kerana tugasan antarabangsa, Selangor masih memiliki khidmat Alex Agyarkwa, Ronnie Fernandez, Yohandry Orozco dan Reziq Bani Hani.

Merah Kuning bakal membuka kempen RCTI Premium Sports dengan turun menentang Sabah di Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) esok. Kesemua perlawanan akan disiarkan di platform Vision+.