Nik Nazmi Sedia Bertanding Jawatan Presiden KLFA
Liga Super
MakanBola
Nik Nazmi
Advertisements

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan diri sebagai calon Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berbuat demikian menerusi satu hantaran di platform Instagram pada 8 Ogos lalu.

Advertisements

“Saya menawarkan diri untuk dicalonkan Presiden KLFA pada kongres tahun ini. Saya juga telah mengadakan siri perbincangan dengan tokoh-tokoh korporat, profesional, institusi kerajaan untuk bersama-sama wakil kelab gabungan untuk mengemudi KLFA.

“Kemelut yang melanda pasukan KL City FC telah mendapat perhatian yang meluas akhir-akhir ini. Sebagai peminat dan juga wakil rakyat ibu kota, saya juga turut terkesan dengan tindakan ini,” katanya.

Advertisements

Jawatan Presiden KLFA ketika ini dipangku oleh Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid. Ini selepas presiden sebelumnya, Khalid Samad memilih untuk mengundur diri pada Mac lalu.

Khalid yang juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan telah menggalas peranan sebagai Presiden KLFA sejak tahun 2019.

Advertisements

Sebelum ini, nama Nik Nazmi dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil antara yang disebut-sebut bakal merebut kerusi panas berkenaan.

Nik Nazimi mengakui dengan menawarkan diri untuk jawatan tersebut, beliau berpotensi memikul amanah besar untuk mengembalikan semula kegemilangan arena bola sepak Kuala Lumpur.

Advertisements

Pada masa sama, beliau percaya KLFA mampu menjadi wadah untuk membina ekosistem bola sepak yang sihat dari pasukan profesional hinggalah pembangunan akar umbi.

“Kuala Lumpur sebagai ibu kota dan menyatupadukan warga kota. Kita memerlukan persatuan bola sepak yang berkesan di dalam membina ekosistem yang sihat dari peringkat akar umbi hingga pasukan profesional,” tambahnya.

Advertisements

Kongres KLFA bakal berlangsung pada 7 September ini.

News Comments Account