Nik Shahrul Masih Dalam Fasa Pemulihan
Dunia
Foto KL City
Advertisements

Pertahanan Kuala Lumpur City FC, Nik Shahrul Azim Ab Halim terima dengan hati yang terbuka apabila masih belum cukup sembuh untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2022 kerana kecederaan lutut yang dialaminya November lalu.

Nik berkemungkinan memerlukan waktu yang lama sekitar dua bulan untuk fasa pemulihan. Akan tetapi, ujian ini tidak memutuskan semangat beliau untuk membina semula tahap kecergasan apabila sudah sembuh nanti.

Namun begitu, pemain yang berusia 31 tahun itu menyatakan bahawa kecederaan yang dialami olehnya ini boleh dikatakan paling teruk sepanjang kerjaya beliau.

Advertisements

Dalam pada itu, Nik juga mengakui tidak mahu terlepas dalam saingan Piala AFC memandangkan beliau masih berpeluang untuk bersama KL City FC buat musim ketiga.

“Sekarang saya masih dalam fasa pemulihan, nak lari pun tidak boleh lagi, dan doktor ada beritahu mungkin dalam dua bulan lagi baru sembuh sepenuhnya.

“Selepas itu, baru boleh mula bina balik tahap kecergasan dan kalau untuk beraksi, berkemungkinan dalam bulan April baru saya boleh bermain.

Advertisements

“Saya boleh katakan ini adalah kecederaan yang paling teruk saya alami dan sebab itu saya tidak mahu ia berpanjangan kerana paling penting saya tidak mahu terlepas beraksi dalam Piala AFC.”

“Awal-awal musim ini saya redha apabila tidak boleh bermain dan berharap dalam tempoh sekarang, proses pemulihan akan terus berjalan lancar,” jelasnya kepada MFL.

“Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bersama Kuala Lumpur buat musim ketiga, dan saya gembira untuk terus berada dalam pasukan ini kerana banyak yang saya belajar di sini.”

Advertisements

Beliau menjelaskan kini beliau sudah serasi untuk beraksi bersama pasukan dan Nik turut berharap tahun ini adalah musim yang lebih baik untuk pasukan mengharungi saingan sehingga merangkul trofi kemenangan.

“Awal-awal dahulu sewaktu saya mula-mula datang ke sini daripada PKNS FC, agak kekok juga nak biasakan diri dan persaingan juga sengit, tetapi sekarang dah kian serasi.”

“Harapnya tahun ini akan menjadi musim yang lebih baik untuk kami semua sepertimana yang kami dah lakukan pada musim 2021 sehingga berjaya menang trofi TM Piala Malaysia,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram