Advertising
Nikola Jambor: Datanglah Ke Selangor
MakanBola
Selangor FC

Tonggak import Selangor FC dari Nikola Jambor secara berseloroh mempelawa rakan senegaranya, Nino Galovic menyertai pasukan itu.

Komen pemain berusia 29 tahun itu di ruang komen Instagram mencuri perhatian penyokong Merah Kuning.

Ad

Jambor segar daripada kejayaan membantu Selangor meraih gelaran juara MFL Challenge Cup 2024/25. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan PDRM FC 7-0 secara agregat.

Ad

Detik tersebut turut dikongsikan Jambor menerusi satu hantaran di Instagram beliau. “Pemenang-pemenang MFL Challenge Cup 2024/25,” katanya.

Galovic kemudiannya mengucapkan tahniah kepada rakan senegaranya itu. Menariknya, bekas bek tengah Sagan Tosu itu memilih mengucapkan tahniah dalam Bahasa Melayu.

Ad

“Syabas, Nikola. Awak hebat,” katanya di ruang komen. Komen beliau turut menarik perhatian Jambor yang kemudiannya membalas, “Nino Galovic, datanglah ke Selangor.”

Ad

Seorang peminat bernama Parlee Terrafic cukup teruja melihat komen Galovic. “Wow, boleh cakap Bahasa Melayu. Datanglah ke Selangor, Malaysia,” katanya.

Ad

Seorang lagi peminat bernama Amirul Aliff 0011 turut berkongsi sentimen sama, “Datanglah ke Selangor,” ujarnya.

Jambor dan Galovic bukan asing kerana pernah beraksi bersama Slaven Belupo pada musim 2015/16. Seandainya Selangor memilih untuk membawa beliau pada musim hadapan, pasukan itu memiliki peluang yang baik.

Ini kerana kontrak Galovic bersama kelabnya, Arouca bakal berakhir pada 30 Jun. Ini bermakna Merah Kuning mampu mendapatkannya sebagai ejen bebas pada 1 Julai.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments