Nilai Faisal Halim Ada Bau-Bau ‘Pisang Goreng Panas’
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Muhammad Faisal bin Abdul Halim kini menjadi antara 10 pemain tempatan yang mencatatkan tanda harga paling tinggi sebagai pemain kebangsaan.

Pemain yang mesra disapa Miki ini telah menunjukkan aksi cemerlang sepanjang bersama pasukan dalam kempen Liga Super musim ini. Tatkala sering menjadi taruhan kesebelasan utama pasukan, beliau ketika ini juga memegang status sebagai pemain tempatan paling mahal di pasukan Terengganu FC.

Jika disemak menerusi laman sesawang Transfermarkt.com, nilai Faisal Halim kini telah mencecah tanda harga 250,000 Euro iaitu sekitar RM 1.16 Juta.

Advertisements

Nilai pemain yang berusia 24 tahun ini telah meningkat dimana sebelum ini pada November 2021, nilai Faisal ialah 150,000 Euro iaitu sekitar RM 697 ribu.

Faisal Halim merekodkan nilai pasaran tertinggi sejak pembabitannya dalam dunia bola sepak selepas Transfermarkt.com mengemaskini status harga pemain pada 19 Mei 2022. Tidak dinafikan, peningkatan nilai Faisal ini turut bertitik tolak kepada prestasi membanggakan beliau ketika mewakili skuad kebangsaan.

Kelincahan pemain sayap ini telah menarik minat pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon untuk beliau berada dalam kem kebangsaan.

Advertisements

Ketika ini, Faisal sedang menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai persiapan menjelang dua aksi persahabatan bertemu Brunei dan Hong Kong pada 27 Mei dan 1 Jun kelak sebelum skuad Harimau Malaya beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram