Nilai Pasaran Arif Aiman ‘Pintas’ Bergson
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Nilai pasaran pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencatatkan peningkatan dan memintas kedudukan penyerang berbisa pasukan, Bergson Da Silva.

Pemain berusia 22 tahun itu baru sahaja menamatkan tugasan bersam Harimau Malaya bagi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.

Pemain kelahiran Pahang itu turut berjaya mengekalkan kejuaraan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia bagi musim ketiga.

Advertisements

Perkembangan Arif sentiasa menjadi buah mulut peminat bola sepak tanah air termasuklah sahamnya yang menunjukkan perkembangan positif.

Kemas kini data yang direkodkan oleh laman Transfermarkt menyaksikan nilai pasaran Arif Aiman kini melonjak kepada 550,000 Euro (RM2.8 Juta) untuk menjadi antara pemain paling bernilai Harimau Selatan.

Nilai ini berjaya mengatasi beberapa pemain utama pasukan termasuklah Bergson yang dinilai pada 450,000 Euro (RM2.3 Juta), Heberty (RM1.8 Juta).

Advertisements

Pemain termahal Liga Super Malaysia dan JDT kekal dipegang oleh perancang tengah kelahiran Syria, Jalil Elias iaitu 3 Juta Euro (RM15.3 Juta) diikuti oleh rakan sepasukan iaitu Chico Geraldes, 2.5 Juta Euro (RM12.7 Juta).

Arif juga memegang status selaku pemain tempatan termahal Liga Super bagi musim 2024.

Bagi musim 2023, Arif Aiman berjaya menjaringkan 21 gol dan 29 bantuan jaringan dalam kesemua Liga Malaysia termasuk saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Advertisements

Beliau juga turut memenangi anugerah penyerang terbaik, pemain muda terbaik dan penjaring terbanyak Liga Super Malaysia musim lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram