Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Persembahan memukau yang ditampilkan oleh pertahanan tengah Sabah FC, Dominic Tan membantu beliau untuk meningkatkan nilai pasaran dengan begitu progresif.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan utama oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee untuk mengemudi jentera pertahanan pasukan.

Dominic memainkan peranan yang cukup penting terutamanya membantu cabaran The Rhinos untuk melangkah ke pentas separuh akhir Piala AFC zon Asean.

Advertisements

Beliau juga terus diberi kepercayaan untuk mengemui benteng Harimau Malaya apabila berada dalam senarai 26 pemain ke kem latihan pusat.

Pemain yang pernah berkelana di Thailand ini menunjukkan perkembangan positif dari segi nilai pasarannya apabila melonjak kira-kira 50,000 Euro (RM255 Ribu).

Advertisements

‘Saham’ Dominic telah melonjak dari 225,000 Euro (RM1.14 Juta) kepada 275,000 Euro (RM1.4 Juta) kurang 6 bulan sejak kemas kini terakhir oleh laman Transfermarkt.

Peningkatan ini juga merupakan peningkatan kali ke-4 sejak beliau membuat keputusan untuk menyertai Sabah pada tahun 2022.

Pada musim ini, bekas pemain JDT ini sudah beraksi dalam 29 perlawanan dalam semua pertandingan dan menjaringkan satu gol.

Beliau kini sedang menjalani persiapan bersama Harimau Malaya sebelum berlepas ke Qatar pada 1 Januari 2024.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram