Nilai pasaran tonggak pertahanan Deportivo Alaves, Facundo Garcés dikesan naik mendadak.
Tonggak berusia 26 tahun itu kembali beraksi selepas enam bulan digantung susulan kes melibatkan Harimau Malaya dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Beliau sudah pun turun beraksi pada beberapa perlawanan dan permulaannya pada aksi LaLiga 2025-26 menentang Espanyol pada 31 Januari 2026.
Kepulangan pertahanan kelahiran Santa Fe, Argentina ini menyaksikan pasukan kendalian Eduardo Coudet mendapat pilihan tambahan pada posisi pertahanan.
Kemas kini nilai pasaran oleh laman Transfermarkt menyaksikan Garces dinilai pada tanda harga 1 Juta Euro (RM4.64 Juta) selepas nilainya diletakkan sifar sebelum ini.
Beliau kini menjadi tonggak ketiga paling bernilai bagi pemain skuad kebangsaan selepas Imanol Machuca (RM5.85 Juta) dan juga tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Joao Figueiredo (RM4.7 Juta).

Garces kini beraksi buat Deportivo Alaves dan terus menjadi sandaran utama, sekali gua memberikan kelebihan sebagai persediaan buat Harimau Malaya menjelang aksi berdepan Vietnam, Mac ini.