Nilai Pasaran Ikhsan Fandi Kini Cecah RM1 Juta
Dunia
Instagram / Ikhsan Fandi
Advertisements

Harga pasaran penyerang berbisa BG Pathum United, Ikhsan Fandi Ahmad terus meningkat apabila nilainya kini melonjak hingga mencecah RM1 juta. 

Nilai pemain yang berusia 22 tahun itu meningkat setelah aksi cemerlangnya di kempen Piala AFF tempoh hari. Kemenjadian Ikhsan Fandi dalam saingan Piala AFF menjadi nilai tambah kepada kenaikan saham pemain muda berbakat ini. 

Jika disemak di laman sesawang Transfermarkt.com, nilai Ikhsan Fandi ketika ini telah mencecah 250,000 Euro iaitu bersamaan RM 1.19 Juta setakat 10 Januari 2022. 

Advertisements

Ia meningkat kerana sebelum ini pada Disember 2021, nilai Ikhsan ialah 150,000 Euro bersamaan RM 718,000. Perpindahan Ikhsan ke BG Pathum United sekaligus melonjakkan lagi nilai pasaran anak kepada lagenda Singapura itu, Fandi Ahmad. 

Aksi bermutu yang ditampilkan Ikhsan dalam saingan Liga Thai ketika ini juga hangat diperkatakan. Prestasi cemerlang beliau diakui apabila namanya tersenarai dalam Team Of The Week Liga Thai untuk musim 2021/2022. 

Advertisements

Setakat 7 penampilan, beliau berjaya menjaringkan 6 gol dan 1 bantuan gol. Prospek terbaik Singapura ini pasti akan terus menyinar di bumi Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram